RAKAN SEJAWAT SKSM 2011

RAKAN SEJAWAT SKSM 2011
RAKAN SEJAWAT DI SKSM 2011

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

SOLAT TIANG AGAMA



ERTI SOLAT

SEGALA PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG DIMULAI DENGAN TAKBIRATUL IHRAM DAN DIAKHIRI DENGAN SALAM








NIAT SOLAT

NIAT SOLAT

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

LAFAZ NIAT SOLAT SUNAT AIDILADHA

LAFAZ TAKBIR

LAFAZ-LAFAZ TAKBIR
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ .

SOLAT SUNAT HARI RAYA

Solat Sunat Hari Raya merupakan antara solat sunat yang dilakukan pada Hari raya AidilFitri atau Hari Raya AidilAdha. Ia mula disyariatkan pada tahun pertama hijrah.


HUKUM MENGERJAKAN

Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat Muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah sentiasa mengamalkan Solat Hari Raya ini selama baginda hidup.



WAKTU SOLAT

Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari.


KAIFIAT


Pada Rakaat pertama kita dikehendaki supaya takbir sebanyak 7 kali iaitu selepas takbiratul ihram dan doa iftitah. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih berikut :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر

Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Qaf atau Al-A'la atau Al-Kafirrun.


Pada Rakaat kedua pula dikehendaki supaya takbir sebanyak 5 kali. Pada setiap kali takbir kita dianjurkan supaya membaca tasbih. Kemudian di baca Al-Fatihah dan surah. Surah yang dianjurkan ialah surah Al-Qamar atau Al-Ghasyiah atau Al-Ikhlas.


Selepas dari solat diadakan khutbah.
Dalam khutbah hendaklah berisi dengan peringatan tentang zakat fitrah atau hukum qurban, haji dan hikmah-hikmahnya.

SOLAT SUNAT HARI RAYA DI MEKAH

SOLAT SUNAT HARI RAYA DI MEKAH

Wednesday 7 December 2011

AKHLAK ISLAMIAH



Kepentingan menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar
·        Selamat digunakan dan tidak memudaratkan kesihatan
·        Dapat mengelakkan bencana alam
·        Memastikan udara bersih
·        Menjamin sumber alam yang mencukupi
·        Mengekalkan habitat haiwan dan eko sistem

Rasulullah


Kewafatan Rasulullah
Pada pagi hari Isnin, 12 Rabiul awal tahun 11 hijrah, keadaan Rasulullah s.a.w semakin lemah . Lalu baginda memanggil Fatimah supaya mendekatinya . Baginda juga memanggil isteri-isteri baginda dan berwasiat kepada mereka . Lalu keadaan baginda bertambah tenat, baginda berwasiat dengan sabdanya yang menyeru umat islam agar mengambil berat tentang solat dan orang yang dipimpin . Selepas itu baginda membaca sesuatu sebanyak tiga kali sambil melihat ke arah  lelangit rumah. Tidak lama kemudian , baginda menghembuskan nafas yang terakhir dipangkuan Aishah. Ketika itu baginda berusia 63 tahun. Baginda telah dimakamkan di Masjid Nabawi di Madinah Al-munawwarah.

Tuesday 6 December 2011

Zikir 7 - Hijjaz.WMV

Mari Bersembahyang - Al Mizan


Mari kita nyanyi bersama-sama

Mari bersembahyang umat Islam semua
dengan kesyukuran sujud pada Allah
usah bersembahyang kerana terpaksa
jiwa tak akan tenang kitakan berdosa
  sehari semalam hanya lima kali
  hendaklah sembahyang dengan hati suci
  biar dengan rela sujud pada Ilahi
  biar dengan ikhlas penuh dalam hati

Sunday 4 December 2011

SAM'IYYAT


Sam’iyyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui Al-Quran dan Hadith
bil
Perkara
Pengertian
1
Alam barzakh
Alam kubur
2
Soalan kubur
Soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3
Nikmat kubur
Nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4
Azab kubur
Siksaan kepada oang yang banyak melakukan dosa
5
Mahsyar
Tempat manusia dikumpul selepas dibangkitkan semula
6
Mizan
Alat timbangan amalan
7
Sirath
Titian yang merentangi neraka untuk masuk ke syurga
8
Syurga
Tempat ganjaran untuk orang yang mentaati perintah Allah
9
Neraka
Tempat siksaan untuk orang yang melanggar perintah Allah

SEKADAR RENUNGAN

SEKADAR RENUNGAN

ANAK-ANAK DISURUH SOLAT SEUMUR 7 TAHUN

ANAK-ANAK DISURUH SOLAT SEUMUR 7 TAHUN

VIDEO BELAJAR SOLAT